Friday, 20 June 2014

Buah apa special di Sabah

Adui.. dui.. sudah macam teka tepi sudah tajuk entry ida kali ini kan... sila angguk kepala jangan geleng-geleng sudah..huhu

Ida nak tanya nih.. Buah apa yang special di Sabah.. Sila jawab dengan fikiran yang suci lagi murni.. semurni jenama minyak murni..

Baiklah ida soal.... dan ida bagi jawapan nyer balik.. ate xdapat pulak kome bagitahu teman kejap ni.. Lambat bebenor..haha..

Berbalik kepada persolan tadi.. banyak buah yang special dan pelik-pelik yang ida jumpa di Sabah.. Pokok pangkalnyer memang tak ada jumpalah dekat Semenanjung.. ke ida yang tak pernah cari ek buah tu.. tapi serius sangat memang sangat tak pernah jumpa.. dan serius sedap buah tu dekat Sabah.

(Gambar ehsan google)

BUAH TARAP
Buah tarap tau bukan tertirap.. elok je rupa dia.. rasa manis dan bulat je rupa buah ni. Isi buah ni macam buah cempedak. Mudah didapati di Apas Balung, Sandakan, Semporna, Kundasang, Kota Kinabalu ketika musim buah-buahan.. Pendek kata limited edition ketika musim buah-buahan di Sabah sahaja.. (p/s: sila pilih buah yang sudah cukup masak tau baru best!!)

BUAH LEMAK MANIS
Buah Lemak Manis ini serius sedap. Buat perkali jumpa di sekitar Kundasang. Rasa dia seakan berlemak dan manis. Tak jemu makan.

BUAH BAMBANGAN
Buah Bambangan. Pengalaman pertama makan buah ni masam. Kali kedua pengalaman pulak serius manis dan sedap pulak buah ni.. Adui.. Jadi silalah rasa pengalaman anda sendiri.. Tepuk dada tanya rasa.. haha Banyak di sekitar sabah.(p/s: pernah terjumpa jeruk bambangan di gerai dekat jambatan Tamparuli.)

BUAH SALAK
Tak perlu diperkenalkan rasanya..sebab macam ada je kat Semenanjung tapi nak jugak letak entry pasal buah salak.. serius manis je..Lagi-lagi pulak tu murah tue..


Buat pelancong dari Semenanjung boleh lah try cari buah-buahan ni kalau melancong ke Sabah nanti..


Salam Sayang,

ida idayani


Myself & My Luv Cupcakes













Cupcake sangat-sangat comel..setuju tak??

Siapa setuju sila angkat tangan!. Itu pun kalau ada yang membaca blog ni lah..haha


Melihat cupcakes rasanya seperti mahu menbuat cupcake je setiap hari..
Ida sangat minat melihat kek.
Kalau di taip di ruangan image google dekat internet semuanya pasal kek.. All about cake.
Melihat kaedah hiasan yang unik dan comel sedikit pun tidak pernah membuatkan ida bosan.

Semenjak berkahwin ini, Ida ada kelapangan dan berexperimen dengan resepi cupcake.Start dari zero dan hasilnya Ida dan suami makin membesar dengan jayanya. Bukan salah cupcakes tetapi kerana bahagia dalam perkahwinan. haha..

Salam sayang,

ida idayani




Friday, 7 February 2014

Salam perkenalan










Salam perkenalan dari ida.

Alhamdulillah siap akhirnya satu entry permulaan untuk blog ini.

Blog ini banyak berkisar mengenai diri tuan blog picisan ini iaitu ida dan dari kaca mata ida dan apa- apa berkaitan diri ida. dan mungkin lebih kepada diari.. hmm ape-apelah labu.. haha

Yang pasti banyak perkara yang ingin dikongsikan dan semoga ia dapat memberi manfaat bersama.

salam sayang,

ida idayani